Tuesday 23 September 2014

Posted by CikAlin VitaShop on 08:11 No comments
Assallammualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam ini apabila terpandang CoQ10 Shaklee , saya terfikir untuk menulis serba sedikit tentang kelebihan dan kebaikan produk ini terhadap kesihatan jantung kita .

Inilah CoQ10 health Plus Shaklee yang begitu sinonim dengan kesihatan Jantung kita semua.


Dewasa ini Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser ,[ Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia ]. Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Sedunia , sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang , mengambil suplemen berkualiti , senaman secara teratur , tidak merokok dan memastikan berat badan ideal .Coenzyme Q10 ( CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita .


Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita ?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi denga baik. Namun , ia lebih banyak ditemui di dalam organ - organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung,hati,buah pinggang dan pankreas berfungsi .

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh , menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi .

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot -otot jantung,menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh . CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal .

Selain itu , CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah ( LDL ) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah , termasuk pengaliran darah ke jantung .

Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan ?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh , namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari .Carta di bawah menunjukkan jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil .


keupayaan tubuh kita dalam menghasilkan CoQ10 juga menurun mengikut pertambahan usia kita . Berdasrkan satu kajian penyelidik , CoQ10 paling tinggi adalah pada usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya . Pada usia 40 tahun jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun .


Banyak lagi faktor lain yang menyumbang seperti diet tidak seimbang , pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh .

Untuk itu saya ingin mencadangkan pengambilan suplemen untuk membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita .

Secara kesimpulannya , saya mencadangkan CoQHealth Plus Shaklee yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik .



Boleh dapatkannya dari saya dan juga khidmat nasihat kesihatan dan cara pengambilan yang effektif .

Sayangilah Jantung Anda 


----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Faizal Deni
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka Tengah / Alor Gajah / Jasin
Shaklee ID [ No : 1078662 ]
Fon : 011-21196728
Email : cikalin.vitashop@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1078662 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------

0 ulasan:

Post a Comment